Info CCTV : Mengenai CCTV

0
152

Penggunaan CCTV

Penggunaan cctv dimasa kini menjadi semakin releven di mana-mana tempat. Artikel ini membincangkan bagaimana sistem ini berfungsi di beberapa kawasan contohnya :

1) Tempal tinggal kediaman/Rumah

  • Kebiasaan nya kediaman tempat tinggal akan kerap menjadi tumpuan penjenayah mencuri atau merompak.
  • Selain itu dengan ada nya sistem cctv dirumah kediaman, anda dapat memantau segala hal-hal yang terjadi di persekitaran rumah. Anda dapat memantau aktiviti pembantu rumah dan pergerakan anak-anak anda.
2)Kedai/Premis Perniagaan/Pejabat

 

  • Sistem CCTV berperanan untuk mengawasi dan memantau apa yang berlaku di dalam premis.
  • Selain itu ia juga digunakan untuk memantau pekerja serta keadaan kedai secara real time dari jarak jauh.
  • Jika berlaku perkara seperti kehilangan atau kesilapan meletak barangan atau kecurian/rompakan atau apa sahaja berkaitannya, sistem CCTV ini sangat membantu untuk mengesan dan mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebelum itu seperti yang dapat disaksikan video di bawah ini.
  • Dengan adanya sistem ini di pejabat, ianya dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja di samping berperanan untuk mengimbas kembali sebarang peristiwa jika terjadi sesuatu perkara.
3)Gudang/Stor

 

  • Sistem CCTV di dalam gudang dapat membantu mengesan dan memantau pergerakan keluar masuk barangan serta petugas yang bekerja di dalamnya.
  • Jika terjadi kejadian seperti kehilangan barangan, rompakan, kecurian dan sebagainya, CCTV ini dapat mengesannya.

Penggunaan CCTV di kawasan tumpuan

4)Perkarangan/Kawasan-kawasan Hitam/Jalan Raya

 

  • Biasanya CCTV digunakan di kawasan atau perkarangan seperti perkarangan sekolah, jalan-jalan raya utama, dataran dan sebagainya untuk memantau keadaan semasa kawasan tersebut.
  • Di jalan raya terutama di jalan-jalan lebuh raya, jika sesuatu insiden di dalam kawasan pemantauan itu, sistem ini boleh mengimbas kembali kejadian itu dan juga boleh menjadi bukti.
  • Ia juga sedikit sebanyak mampu mengurangkan kejadian jenayah yang tidak diingini di kawansan-kawasan “Hitam”.

Sumber : http://solehintech.com/cctv/info-cctv-mengenai-cctv/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here